HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Monday, January 26, 2009

Lawatan Sillatur Rahiim Muslimat PAS Wakaf Mempelam, Terengganu ke Pasir Salak


KAMPUNG GAJAH, Isnin 26 Januari 2009 - Seramai 42 orang muslimat PAS DUN Wakaf Mempelam Kuala Terengganu telah mengadakan program lawatan sillatur rahiim ke Pasir Salak.Rombongan ini terdiri daripada Majlis Guru PASTI ( MGP ) DUN Wakaf Mempelam, beberapa orang saf kepimpinan Muslimat DUN Wakaf Mempelam dan 5 orang Unit Amal DUN Wakaf Mempelam sebagai pengiring rombongan.Antara pimpinan Majlis Guru PASTI negeri Perak yang turut serta mengiringi rombongan tersebut ialah Pn Hajjah Asmah bt Tukiran, Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak merangkap Ketua Majlis Guru PASTI Malaysia.Sementara pimpinan MGP Kawasan Pasir Salak ialah Pn Faridah bt Dawam, Ketua MGP Kawasan Pasir Salak serta beberapa orang ahli jawatan kuasa MGP Pasir Salak.Wakil pimpinan PASTI Kawasan Pasir Salak turut serta menyambut kedatangan rombongan tersebut.

Antara destinasi kunjungan mereka ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak, PASTI al HUSNA, Pasaraya HALIDA, Pusat Pemprosesan Labu Tg Bidara, Kilang Pemprosesan Minyak Burung Unta Lambor dan Pusat Pemeliharaan Tuntung di Bota.

Satu majlis meraikan kehadiran rombongan tersebut telah diadakan secara sederhana tetapi penuh jalinan ukhuwwah dan kemesraan.Majlis telah diserikan dengan ucapan aluan oleh Ketua MGP Pasir Salak, Sdri Faridah Dawam dan ucapan oleh wakil AJK PASTI Kawasan Pasir Salak. Sebagai ucapan balas, salah seorang peserta yang mewakili ahli rombongan telah memberikan ucapan.Majlis tersebut diakhiri dengan nasyid " Teman Sejati " dan " Asmaul Husna " secara beramai-ramai sebagai tanda ukhuwwah dalam satu wadah dan satu matlamat perjuangan sesama muslimat PAS bagi memenangkan Islam di tanahair ini.

Satu pameran tentang PASTI al HUSNA juga telah diadakan dan telah menarik minat ramai ahli rombongan untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar fikiran.Semua peserta rombongan telah dijamu dengan hidangan makan tengahari yang telah disajikan oleh Yaman Katering dengan menu istimewanya " Gulai Tempoyak " resepi tradisi negeri Perak.

Rombongan tersebut akan bermalam di Ipoh dan akan bertolak ke Cameron Highland pada keesokan harinya. Bagi pihak AJK dan guru-guru Pasti al Husna mengucapkan terima kasih dan semoga jalinan ukhuwwah ini akan berpanjangan dan berkekalan. Selamat pulang dan hingga bertemu lagi!

No comments: