HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Friday, April 24, 2009

RAYUAN BUAT DATO’ SERI DR SS HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA - MUFTI NEGERI PERAK.

Dato’ Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.
Dato’ Seri.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak.

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini… saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato’ Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut.

Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato’ Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato’ Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN.

Monday, April 20, 2009


Waspada serunding babi di pasaran
Apr 17, 09 5:13pm
Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.
Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama."Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.
Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah: Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu) Abon/dendeng sapi asli cap ACC Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya) Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang). Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benaratau tidak tercatat pengeluarnya.Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Thursday, April 16, 2009

SURAT TN GURU NIK AZIZ NIK MAT KEPADA YB NGA KOR MING

9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 IpohPERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera.

Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana.

Marilah kita sama-sama ke sana.* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS