HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Thursday, June 26, 2008

Sambutan Hari Guru PASTI al HUSNA 2008

KAMPONG GAJAH- Satu majlis ringkas tapi penuh bermakna telah di adakan oleh guru-guru, pelajar-pelajar dan segelintir ibubapa pelajar di PASTI al HUSNA sempena Sambutan Hari Guru 2008 tahun ini.Upacara sambutan Hari Guru 2008 antaranya ialah jamuan ala kadar yang di bawa oleh ibubapa pelajar dan guru-guru.Hasil tinjauan rambang MEDIAPASTINetwork mendapati rata-rata semua guru dan pelajar amat ceria bila dapat menikmati juadah lazat yang dihidangkan kepada mereka, terutama sekali bila mereka berebut-rebut untuk menyerahkan hadiah istimewa mereka kepada guru-guru PASTI al HUSNA yang mereka hormati dan kasihi.

Tuesday, June 24, 2008

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Perak

IPOH, 25 Mei 2008 - PASTI Negeri Perak maju selangkah lagi dengan
kejayaannya dapat mengadakan Majlis Konvokesyen
Guru-Guru PASTI Negeri Perak 2008.Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah berjaya diadakan buat julung-julung kalinya di Dewan INTIM dengan kerjasama kerajaan negeri Perak selepas PAS dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.YB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar b Jamaluddin, Menteri Besar Perak tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis tersebut tetapi telah digantikan oleh wakil bagi pihak kerajaan negeri.Majlis berjalan lancar dan penuh gilang gemilang. Hasil tinjauan pihak mediaPASTInetwork mendapati rata-rata guru-guru PASTI yang hadir berasa amat bertuah dan berbangga kerana diberikan penghormatan dan penghargaan atas segala pengorbanan mereka selama ini. Mereka amat berterima kasih kepada PASTI Perak dan kerajaan negeri kerana telah diberi peluang untuk mengadakan majlis konvo ini di Dewan INTIM.Majlis Konvokesyen kali amat istimewa dan akan menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan serta bakal menjadi suntikan semangat untuk lebih gigih berjuang demi ummah dan memertabatkan ISLAM sebagai cara hidup dalam masyarakat. ALLAHU AKBAR!

Friday, June 6, 2008

Kem Haiya 'Alas Solah