HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Saturday, February 7, 2009

RAYUAN RAKYAT PERAK KPD PIHAK ISTANA

( " ...tanpa di sedari patik menitiskan air mata semasa membaca teks ucapan ini..." )
Mohon perkenan ke bawah duli tuanku untuk mempertimbangkan semula keputusan tuanku demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat jelata negeri jajahan takluk tuanku PERAK YANG DAMAI & HARMONI ..ampun tuanku, sembah patik harap diampun!

Raja Nazrin: RAJA PERLU TIDAK MEMIHAK, BERPARTISAN DAN BERKEPENTINGAN ( 2/2/2009 )

" Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Titah baginda: "Selaku Ketua Negeri di peringkat negeri dan Ketua Negara di peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan (dan) payung penyatuan ", lapor Bernama.

"Kehadiran Raja membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekaligus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman yang diwujudkan di negara ini, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi, dan berakarkan doktrin pengasingan kuasa," titah baginda.Raja Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan khas Darjah Kebesaran Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak yang ke 34 di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini...baca seterusnya.


http://www.malaysiakini.com/bm/

No comments: