HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Friday, January 23, 2009

PASTI India pertama dibuka di Perak


" PASTI VENAKAM "
Pasir Salak, 21 Dis 2008: Satu sejarah baru Jabatan PASTI Perak akan terlakar apabila sebuah PASTI untuk masyarakat kaum India akan dibuka di Matang Guntung, Seberang Perak, kira-kira 15 Km dari Bandar Teluk Intan. Satu sesi penerangan dan taklimat telah diadakan oleh PASTI Perak terhadap masyarakat kaum India tersebut baru-baru ini.Menurut wakil masyarakat kaum India tersebut, iaitu En.Kumar, kaum India di kawasan tersebut sangat mengharapkan agar PASTI segera dibuka di kawasan berkenaan memandang tiada prasekolah di kawasan tersebut dan tadika PASTI pula terbukti lebih baik jika dibandingkan dengan tadika-tadika yang lain. Pengarah PASTI Negeri Perak, Tn.Hj.Hashan Aladi bin Ahmad pula merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan hasrat kaum India berkenaan dan beliau turut memberikan taklimat berhubung sistem persekolahan di PASTI. Beliau turut mencadangkan agar PASTI yang bakal ditubuhkan itu diberi nama “PASTI Venikam”.
Sumber Berita : PASTI Malaysia

No comments: