HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Saturday, May 23, 2009


Tawau, Sabah ( Negeri Di Bawah Bayu ) 16 Mei 2009: Pn Faridah Dawam begitu sinonim dikalangan ahli-ahli Dewan Muslimat PAS ( DMP ) Negeri Perak terutamanya DMP Kawasan Pasir Salak dan DMP Kampong Gajah.Dilahirkan dalam lingkungan keluarga pejuang PAS iaitu pada tanggal 2 Mei 1968 di Kampong Pulau Tiga Kiri, Kampong Gajah Gajah Perak.Bapa beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Dawam adalah seorang pejuang PAS yang amat disegani dan digeruni dikalangan penduduk tempatan kerana ketegasan dan keberaniannya.


Beliau terlibat secara langsung dengan PASTI mulai daripada tahun 1988 iaitu selepas tamat peperiksaan STPM hingga sekarang.Pada awalnya, beliau terlibat dengan PASTI hanya sekadar tapi lama kelamaan beliau mula tertarik dengan PASTI walaupun imbuhannya tidak seberapa.Namun, dengan berbekalkan IMAN dan keyakinan kepada perjuangan Islam PAS, beliau teruskan tugas mulia ini demi generasi Islam baru yang bakal mewarisi saf kepimpinan Islam dinegara tercinta ini.


Mula bersekolah di SK Pulau Tiga Kiri dan menyambung pelajaran menengah di SMK Dato' Maharaja Lela, Kampong Gajah hingga ke peringkat STPM. Pada tahun 1987, beliau menjadi AJK penaja penubuhan Dewan Muslimat PAS Kampong Gajah.Atas kegigihan, istiqomah dan semangat juang yang begitu tinggi, beliau telah diberikan amanah dan kepercayaan oleh ahli-ahli sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Kampong Gajah.Walaupun baru berusia 22 tahun, tapi dengan semangat juang yang tinggi dan kegigihannya dalam setiap program yang dijalankan telah menarik hati dan meyakinkan seluruh ahli Dewan Muslimat PAS untuk meletakkan beliau sebagai nadi penggerak perjuangan Dewan Muslimat PAS Kampong Gajah secara khusus malah penggerak Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak.


Beliau telah dipertemukan jodoh dengan saudara Mohd Hashim bin Yahya yang juga seorang pejuang PAS yang gigih dan disegani dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata.Namun, dengan kehendak taqdir Allah SWT, semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Maahad al Islah, Sungai Lampam, pada tanggal 26 Julai 2006 suami beliau telah kembali kerahmatullah kerana terlibat dengan satu kemalangan jalanraya ( al fatihah ). Sebagai ibu tunggal dan ketua keluarga dengan pendapatan yang kecil ( elaun guru PAsti RM 300 sebulan dan sumbangan orang ramai ) beliau terpaksa menanggung anak-anak seramai 7 orang yang masih bersekolah.Walaupun begitu taqdir Illahi, beliau tetap teruskan perjuangan mulia ini kerana tanggungjawab amanah yang wajib dipikul.


Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak-anaknya walaupun keseorangan, beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti. Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan Jamaah.


Berbekalkan iltizam dan sokongan-sokongan dari teman-teman seperjuangan, beliau bertekad untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan anak-anaknya, murid-murid PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya tertegaknya syariat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.


Beliau kini telah diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.


TERUSKAN PERJUANGAN MU


mediaPASTI..pelapor anda!

No comments: