KAMPONG GAJAH- Satu majlis ringkas tapi penuh bermakna telah di adakan oleh guru-guru, pelajar-pelajar dan segelintir ibubapa pelajar di PASTI al HUSNA sempena Sambutan Hari Guru 2008 tahun ini.Upacara sambutan Hari Guru 2008 antaranya ialah jamuan ala kadar yang di bawa oleh ibubapa pelajar dan guru-guru.Hasil tinjauan rambang MEDIAPASTINetwork mendapati rata-rata semua guru dan pelajar amat ceria bila dapat menikmati juadah lazat yang dihidangkan kepada mereka, terutama sekali bila mereka berebut-rebut untuk menyerahkan hadiah istimewa mereka kepada guru-guru PASTI al HUSNA yang mereka hormati dan kasihi.