HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Thursday, February 19, 2009

BACALAH UNTUK DIAMBIL IKTIBAR DAN MUHASABAH DIRI!

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.sakittttttttt. ....... sakit rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... merekamenjerit...histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia........ diamirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... .. Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku..Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluargadll.Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Saturday, February 7, 2009

Ucapan Perpisahan MB Nizar Dan Sikap Sebenar SUK Perak

Pesanan Nizar kepada staf SUK Perak.
( Ucapan perpisahan Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak )

Bismillahirohamanirahim,

" SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

"Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu. Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dato Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

Ir Mohd Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak.

Nota
Rakyat sekalian mendoakan supaya Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan keluarga bersabar dengan penghinaan ini.Sesungguhnya Dato’ Seri tidak keseorangan dalam menghadapi UMNO/BN ( laknatullah ) dan juga termasuk pegawai – pegawainya ini.Yakinlah , selepas ini rakyat dan dengan pertolongan Allah , yang akan menentukan jatuhnya UMNO/BN bersama – sama pegawai – pegawainya yang hina itu..Insyaallah!

RAYUAN RAKYAT PERAK KPD PIHAK ISTANA

( " ...tanpa di sedari patik menitiskan air mata semasa membaca teks ucapan ini..." )
Mohon perkenan ke bawah duli tuanku untuk mempertimbangkan semula keputusan tuanku demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat jelata negeri jajahan takluk tuanku PERAK YANG DAMAI & HARMONI ..ampun tuanku, sembah patik harap diampun!

Raja Nazrin: RAJA PERLU TIDAK MEMIHAK, BERPARTISAN DAN BERKEPENTINGAN ( 2/2/2009 )

" Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.Titah baginda: "Selaku Ketua Negeri di peringkat negeri dan Ketua Negara di peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan (dan) payung penyatuan ", lapor Bernama.

"Kehadiran Raja membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekaligus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman yang diwujudkan di negara ini, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi, dan berakarkan doktrin pengasingan kuasa," titah baginda.Raja Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan khas Darjah Kebesaran Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak yang ke 34 di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini...baca seterusnya.


http://www.malaysiakini.com/bm/