HARAP MAAF! BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMURNIAN & BAIK PULIH.TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Photobucket

Daftar Di Buku Pelawat Dulu

DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

zwani.com myspace graphic comments
Jadilah Insan Berilmu dan Beramal

Monday, January 26, 2009

Lawatan Sillatur Rahiim Muslimat PAS Wakaf Mempelam, Terengganu ke Pasir Salak


KAMPUNG GAJAH, Isnin 26 Januari 2009 - Seramai 42 orang muslimat PAS DUN Wakaf Mempelam Kuala Terengganu telah mengadakan program lawatan sillatur rahiim ke Pasir Salak.Rombongan ini terdiri daripada Majlis Guru PASTI ( MGP ) DUN Wakaf Mempelam, beberapa orang saf kepimpinan Muslimat DUN Wakaf Mempelam dan 5 orang Unit Amal DUN Wakaf Mempelam sebagai pengiring rombongan.Antara pimpinan Majlis Guru PASTI negeri Perak yang turut serta mengiringi rombongan tersebut ialah Pn Hajjah Asmah bt Tukiran, Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak merangkap Ketua Majlis Guru PASTI Malaysia.Sementara pimpinan MGP Kawasan Pasir Salak ialah Pn Faridah bt Dawam, Ketua MGP Kawasan Pasir Salak serta beberapa orang ahli jawatan kuasa MGP Pasir Salak.Wakil pimpinan PASTI Kawasan Pasir Salak turut serta menyambut kedatangan rombongan tersebut.

Antara destinasi kunjungan mereka ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak, PASTI al HUSNA, Pasaraya HALIDA, Pusat Pemprosesan Labu Tg Bidara, Kilang Pemprosesan Minyak Burung Unta Lambor dan Pusat Pemeliharaan Tuntung di Bota.

Satu majlis meraikan kehadiran rombongan tersebut telah diadakan secara sederhana tetapi penuh jalinan ukhuwwah dan kemesraan.Majlis telah diserikan dengan ucapan aluan oleh Ketua MGP Pasir Salak, Sdri Faridah Dawam dan ucapan oleh wakil AJK PASTI Kawasan Pasir Salak. Sebagai ucapan balas, salah seorang peserta yang mewakili ahli rombongan telah memberikan ucapan.Majlis tersebut diakhiri dengan nasyid " Teman Sejati " dan " Asmaul Husna " secara beramai-ramai sebagai tanda ukhuwwah dalam satu wadah dan satu matlamat perjuangan sesama muslimat PAS bagi memenangkan Islam di tanahair ini.

Satu pameran tentang PASTI al HUSNA juga telah diadakan dan telah menarik minat ramai ahli rombongan untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar fikiran.Semua peserta rombongan telah dijamu dengan hidangan makan tengahari yang telah disajikan oleh Yaman Katering dengan menu istimewanya " Gulai Tempoyak " resepi tradisi negeri Perak.

Rombongan tersebut akan bermalam di Ipoh dan akan bertolak ke Cameron Highland pada keesokan harinya. Bagi pihak AJK dan guru-guru Pasti al Husna mengucapkan terima kasih dan semoga jalinan ukhuwwah ini akan berpanjangan dan berkekalan. Selamat pulang dan hingga bertemu lagi!

Friday, January 23, 2009

PASTI India pertama dibuka di Perak


" PASTI VENAKAM "
Pasir Salak, 21 Dis 2008: Satu sejarah baru Jabatan PASTI Perak akan terlakar apabila sebuah PASTI untuk masyarakat kaum India akan dibuka di Matang Guntung, Seberang Perak, kira-kira 15 Km dari Bandar Teluk Intan. Satu sesi penerangan dan taklimat telah diadakan oleh PASTI Perak terhadap masyarakat kaum India tersebut baru-baru ini.Menurut wakil masyarakat kaum India tersebut, iaitu En.Kumar, kaum India di kawasan tersebut sangat mengharapkan agar PASTI segera dibuka di kawasan berkenaan memandang tiada prasekolah di kawasan tersebut dan tadika PASTI pula terbukti lebih baik jika dibandingkan dengan tadika-tadika yang lain. Pengarah PASTI Negeri Perak, Tn.Hj.Hashan Aladi bin Ahmad pula merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan hasrat kaum India berkenaan dan beliau turut memberikan taklimat berhubung sistem persekolahan di PASTI. Beliau turut mencadangkan agar PASTI yang bakal ditubuhkan itu diberi nama “PASTI Venikam”.
Sumber Berita : PASTI Malaysia

Sunday, January 18, 2009

Saturday, January 17, 2009

RENUNGI SEJENAK





Friday, January 16, 2009

Thursday, January 15, 2009

KEKEJAMAN ZIONIS YAHUDI LAKNATULLAAH



Saturday, January 10, 2009

FAKTA SEBENAR MASJIDIL AQSA





MAKLUMAT TERBARU-AMBIL PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM!



Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam

Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.

Terjemahan surat Dr. Marwan:

" Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka."

Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

TERGAMAKKAH KITA HANYA SEKADAR MELIHAT TRAGEDI MENYAYAT INI ???

















WAHAI UMAT ISLAM..SEGERALAH BERTAUBAT DAN KEMBALILAH KEPADA ALLAH & RASUL SAW! SEGERALAH KITA BERSATU DEMI SATU PERJUANGAN YANG SUCI INI..KEMBALILAH KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH !!! MARI KITA MEMBELA AGAMA ALLAH YANG MAHA SUCI INI!!